Friday, April 18, 2008

Rasa hati

Hari ini aku seakan mendapat semangat baru. Malam ini Hubby balik setelah 2 bulan tidak balik sini, hanya aku yang ke KL kerana cuti, meeting etc.

Terasa berdebar pun ada kerana risau kan dia mungkin penat. Semalam dia telah sms memberitahu kepala dia sakit, sampai ke pagi ini pun sms nya masih serupa. Aku selalu risau kan dia. Risau dia penat, takde mood, tak enjoy.. macam2 lah. Itu kerana kalau berlaku bende2 tersebut nanti terjejaslah keseronokan pertemuan kami.

Aku telah berkira2 untuk masak ape untuk weekend ini. Untuk dia sebenarnya. Aku telah berkemas2 rumah, membeli pewangi ruang tamu yang baru untuk membuatkan terbangkitnya mood yang nyaman ketika dia disini. Aku telah berkira2 untuk mengurut badannya dengan minyak aromaterapi supaya hilang segala tekanan kerja yang dia hadapi seminggu ini. Aku memikir apa lagi aktiviti bersama yang boleh kami lakukan supaya tercipta lagi kenangan indah dengan dia.

Balik nanti aku akan menyudahkan saki baki kerja rumah yang belum siap. Kemudian bolehlah aku menunggu kepulangan dia malam nanti dengan hati lapang, dengan rindu dendam. Aku tak jamin malam ini ada pertarungan akan berlaku dikamar. Aku rasa dia akan cakap dia letih juga untuk kesekian kalinya. Apa pun aku masih berharap. Moga malam ini, tenggelam aku dalam dakapan dan kucupan dia, tidur ku pun lena...

No comments: